Kontraktor Bina Rumah Berdaftar CIDB G4

Bina rumah idaman atas tanah sendiri, dari pelan hingga kunci diserahkan.

Lebih 50 rumah dah siap kami bina di seluruh Semenanjung. Pilih dari 50+ rekaan rumah, guna pinjaman LPPSA atau tunai, dengan kabinet dari kilang kami sendiri.

CIDB Gred G4 0% projek terbengkalai Bantuan LPPSA
Banglo siap dibina oleh DBENA
WQ
★★★★★ Wan Qayum“Highly recommend DBena if you wanna… build your dream house.”
50+unit rumah siap dibina
50+rekaan rumah untuk dipilih
25+tahun pengalaman pengarah dalam industri binaan
0%rekod projek terbengkalai
Kami faham

Kenapa ramai tangguh nak bina rumah sendiri

Rumah terbengkalai

Kontraktor ambil deposit, kerja separuh jalan, kemudian hilang. Tanah anda tinggal dengan struktur separuh siap.

Kos lari dari bajet

Harga awal nampak murah, tapi bila dah naik dinding baru keluar caj tambahan yang tak dijangka.

Proses kelulusan & pinjaman

Pelan, kelulusan pihak berkuasa dan dokumen LPPSA atau bank memang memeningkan kalau buat sendiri.

Dengan DBENA, semua ini kami uruskan:

Pengurusan menyeluruh

Dari pelan rumah dan permohonan kelulusan, hingga rumah siap dan kunci diserahkan.

Bantuan proses LPPSA

Kami bekerjasama dengan peguam berpengalaman supaya proses pinjaman LPPSA anda lebih lancar. Tunai pun boleh.

Harga tetap dalam agreement

Sebut harga terperinci dan agreement bertulis sebelum kerja bermula, tanpa kos tersembunyi.

Bayaran ikut progress

Anda bayar ikut peringkat kerja yang dah siap, jadi wang anda selamat.

Laporan progress mingguan

Gambar dan update kerja tapak setiap minggu, sesuai kalau tanah anda jauh dari tempat tinggal.

Waranti hasil kerja

Tempoh waranti dinyatakan dalam agreement sebagai jaminan kualiti binaan.

Tawaran khas 2026

Bina dengan DBENA, bawa pulang lebih

Kontraktor yang ada kilang kabinet sendiri dan pakar hiasan Islamik, jadi rumah anda siap lengkap dengan nilai tambah ini.

PERCUMA

Custom kabinet

bernilai sehingga RM20,000

PERCUMA

Sistem smart home

bernilai sehingga RM20,000

PERCUMA

Mihrab ruang solat

bernilai RM5,000

PERCUMA

Barangan elektrik

bernilai sehingga RM5,000

*Bergantung pada terma dan syarat mengikut pakej pembinaan.

Tanya tentang tawaran ini
Bukti sebenar

Dari tanah kosong ke rumah siap

Satu daripada projek rumah setingkat kami, dirakam dari tapak yang sama.

Kerja dinding bata
Jun 2023Struktur & dinding bata
Kerja plaster
Jun 2023Bumbung & plaster
Rumah siap dicat
Sep 2023Siap & sedia diserahkan
Rumah dua tingkat semasa pembinaan
Mei 2022Rumah 2 tingkat dalam pembinaan
Rumah dua tingkat siap
Dis 2022Siap diserahkan
Cara kami bekerja

6 langkah, dari tanah anda hingga kunci di tangan

  1. 1

    Konsultasi & lawatan tapak

    Kami datang tengok tanah anda dan buat kajian tapak.

  2. 2

    Pilih rekaan & design 3D

    Pilih dari 50+ rekaan rumah DBENA, boleh diubah ikut keperluan.

  3. 3

    Sebut harga & agreement

    Harga tetap, skop dan jadual kerja dipersetujui secara bertulis.

  4. 4

    Kelulusan & pembiayaan

    Kami bantu urus pelan, kelulusan dan proses LPPSA atau bank.

  5. 5

    Pembinaan

    Struktur, bumbung hingga kemasan, dengan laporan progress mingguan.

  6. 6

    Serahan kunci

    Pemeriksaan akhir bersama anda, kemudian kunci diserahkan.

Galeri

Antara rumah yang telah kami siapkan

Lokasi projek rumah yang dah siap

MelakaAyer Paabas, Bemban, Bemban 2, Bukit Katil, Krubong Indah, Pegoh, Alor Gajah, Semabok Dalam, Pengkalan Badak
JohorLenga, Parit Kasan
Negeri SembilanKg. Repah, Tampin
Pulau PinangPermatang Pasir
PahangKg. Padang, Kuantan
Ulasan pelanggan

Apa kata pelanggan kami

★★★★★
Lihat semua ulasan pelanggan →
★★★★★
“Provided quality services in all aspects. Highly recommend DBena if you wanna renovate and build your dream house.”
WQ
Wan QayumUlasan Google
★★★★★
“recommended dan puas hati. sikit-sikit masalah tu biasa. so far team commit selesai projek sampai siap. next jiran pula proceed projek. syabas dbena.”
IA
Imran AliUlasan pelanggan
★★★★★
“Service yang laju dan mantop, mudah untuk dibawa bincang apabila ingin menukar sesuatu design.”
AA
Ahmad AzamUlasan Google
Barisan pengarah

Diketuai jurutera & pakar binaan berpengalaman

Ahmad NizamuddinPengarah Urusan · Bachelor of Civil Engineering (UTM), 15+ tahun dalam construction, infrastructure planning & property development
Azhari PutehPengarah Operasi · 25+ tahun dalam high-rise residential, mixed development & infrastruktur
Mohd HafizanPengarah Perolehan & Kontrak · Bachelor's in Quantity Surveying (UiTM), 10+ tahun dalam operations, quantity surveying & contract administration
Ahmad ZikriPengarah Eksekutif · BSc (Hons) International Business with IT, Coventry University (UK)
Berdaftar dengan SSM CIDB G4 MOF SME Corp 100% Bumiputera
Konsultasi percuma

Isi borang, konsultan kami akan hubungi anda

Beritahu kami tentang tanah dan rumah idaman anda, supaya kami boleh cadangkan rekaan dan bajet yang sesuai.

  1. 1

    Kami call anda

    Konsultan kami hubungi anda untuk faham keperluan rumah idaman anda.

  2. 2

    Semak tanah & bajet

    Bincang lokasi tanah, saiz rumah, pembiayaan dan bajet.

  3. 3

    Lawatan tapak percuma

    Konsultan datang ke tanah anda untuk kajian tapak.

  4. 4

    Rekaan & sebut harga

    Anda terima cadangan rekaan dan sebut harga terperinci. Tiada paksaan untuk teruskan.

Tiada sebarang bayaran atau paksaan sepanjang proses ini.

Cara pembiayaan *
Anggaran bajet *

Selepas hantar, anda akan dibawa ke WhatsApp konsultan kami. Maklumat anda hanya digunakan untuk urusan projek ini.

FAQ

Soalan lazim

Saya perlu ada tanah sendiri ke?

Ya, servis ini untuk bina rumah atas tanah milik anda atau keluarga. Kalau tanah pusaka atau belum tukar nama, hubungi kami dulu dan kami bantu semak apa yang perlu disediakan.

Boleh guna pinjaman LPPSA?

Boleh. Kami bekerjasama dengan peguam berpengalaman untuk bantu proses pinjaman LPPSA. Pinjaman bank dan bayaran tunai juga diterima.

DBENA cover kawasan mana?

Kami telah siapkan rumah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor. Isi borang dengan lokasi tanah anda dan kami akan sahkan.

Berapa lama masa untuk siap?

Bergantung pada saiz rumah dan kelulusan. Jadual kerja penuh diberi bersama sebut harga, dan anda terima laporan progress setiap minggu.

Boleh ubah rekaan rumah?

Boleh. Pilih dari 50+ rekaan DBENA dan ubah suai ikut keperluan keluarga, atau bawa pelan anda sendiri.

Siapa uruskan pelan dan kelulusan?

Kami bantu uruskan dari pelan rumah, permohonan kelulusan pihak berkuasa hingga rumah siap diserahkan.

Bagaimana sistem bayaran?

Bayaran dibuat ikut progress kerja yang telah siap, seperti dalam agreement. Untuk LPPSA, bayaran ikut jadual pengeluaran pinjaman.

Berapa kos bina rumah sekaki persegi?

Anggaran DBENA 2026 ialah RM130–140 (Basic), RM145–160 (Standard) dan RM170–195 (Premium) sekaki persegi, termasuk upah dan bahan ikut spesifikasi pakej. Lihat pecahan penuh dan contoh kiraan di kos bina rumah 2026.

Dapatkan Konsultasi Percuma
Konsultasi Percuma