03-5892 9420 Isnin–Jumaat, 9 pagi – 5 petang · Sabtu ikut temujanji
Kontraktor Berdaftar CIDB · 100% Bumiputera

Utama / Servis / Kos bina rumah

Kos bina rumah atas tanah sendiri 2026

Rate sebenar DBENA bagi setiap kaki persegi untuk tiga pakej, dengan contoh kiraan dan apa yang termasuk dalam setiap pakej.

Harga 2026, tertakluk kepada perubahan. Kos bina rumah dikira berdasarkan keluasan binaan dalam kaki persegi. DBENA menawarkan tiga pakej spesifikasi. Rate di bawah adalah untuk rumah banglo atas tanah sendiri.

BasicRM130 – 140anggaran sekaki persegi
StandardRM145 – 160anggaran sekaki persegi
PremiumRM170 – 195anggaran sekaki persegi
Harga di atas ialah anggaran, bukan harga muktamad. Harga sebenar bergantung pada keadaan tanah dan tapak, pelan rumah serta spesifikasi yang dipilih, dan hanya diberi dalam quotation selepas lawatan tapak oleh pasukan kami.

Contoh kiraan

Keluasan binaanBasicStandardPremium
1,200 kaki persegiRM156,000 – RM168,000RM174,000 – RM192,000RM204,000 – RM234,000
1,500 kaki persegiRM195,000 – RM210,000RM217,500 – RM240,000RM255,000 – RM292,500
2,000 kaki persegiRM260,000 – RM280,000RM290,000 – RM320,000RM340,000 – RM390,000
2,500 kaki persegiRM325,000 – RM350,000RM362,500 – RM400,000RM425,000 – RM487,500
Ini anggaran berdasarkan rate semasa. Harga akhir bergantung pada pelan rumah, keadaan tanah dan pilihan anda, dan disahkan dalam quotation selepas lawatan tapak.

Apa beza Basic, Standard dan Premium?

Ketiga-tiga pakej guna struktur yang sama: asas, rasuk bumi, tiang dan rasuk konkrit bertetulang, paip air dan sanitari tersembunyi, tangki septik individu dan tangki air 300 gelen. Bezanya pada cerucuk, bahan dan kemasan.

ItemBasicStandardPremium
Cerucuk bakau–✓✓
Asas, rasuk bumi, tiang & rasuk konkrit bertetulang✓✓✓
Longkang perimeter–✓✓
Dinding bataBata simenBata tanah liatBata tanah liat
TingkapCasement anodizedCasement anodizedMulti-point powder coated
Pintu utamaSteel securitySteel security + sliding kacaSteel security + folding kaca
Pintu bilik tidurPlywood flushPlywood flushKayu solid
Cat dalam & luarKCC, San Cora, Smart Paint, MCIICI, Nippon, JotunICI, Nippon, Jotun
BumbungMetal deckingGenting konkritGenting konkrit
Aksesori bumbung (foil, gutter, fascia, siling eaves)–✓✓
Jubin lantai300 × 300 mm600 × 600 / 600 × 300 mm600 × 600 / 600 × 300 mm
Jubin dinding bilik airHingga 5 kakiHingga 7 kakiPenuh hingga siling
Jubin tangga–✓✓
Railing tanggaMild steel bercatStainless steelKaca tempered
SilingPlaster rata + cornicePlaster + L-box ruang tamuPlaster + L-box ruang tamu, ruang makan & bilik utama
Jubin heavy duty porch kereta✓✓✓

Apa yang tidak termasuk?

Kerja elektrik dalam rate ini meliputi point elektrik sahaja. Aksesori seperti kipas siling, downlight, water heater, hood dan hob dapur serta penghawa dingin tidak termasuk. Skop lain yang tidak disenaraikan dalam spesifikasi akan dinyatakan dalam quotation anda.

Upah buat rumah sekaki vs harga penuh 2026

Bila membandingkan harga bina rumah sekaki persegi, pastikan anda bandingkan perkara yang sama. Rate DBENA di atas ialah harga keseluruhan: upah dan bahan binaan ikut spesifikasi pakej yang dipilih, termasuk struktur konkrit, bata, bumbung, jubin, cat, tingkap dan pintu seperti dalam jadual di atas.

Sebut harga "upah buat rumah sekaki" yang anda jumpa di tempat lain biasanya hanya meliputi kos pekerja. Bahan dibeli berasingan oleh pemilik rumah, jadi angkanya nampak lebih rendah tetapi jumlah akhir boleh jadi lebih tinggi. Sebelum membuat keputusan, minta setiap kontraktor nyatakan dengan jelas apa yang termasuk dalam harga mereka.

Pakej mana yang sesuai?

Basic sesuai jika bajet menjadi keutamaan dan tanah tidak memerlukan cerucuk. Standard ialah pilihan seimbang: cerucuk bakau, bata tanah liat, bumbung genting konkrit, jubin besar dan cat jenama premium. Premium menambah tingkap powder coated, pintu kayu solid, jubin bilik air penuh hingga siling, L-box di ruang tamu, ruang makan dan bilik utama, serta railing kaca.

Dapatkan anggaran untuk tanah anda

Konsultasi dan lawatan tapak percuma di Lembah Klang. Kongsi lokasi dan pelan (jika ada), dan kami akan sediakan anggaran ikut pakej pilihan anda. Lihat juga servis bina rumah DBENA dan projek yang telah siap.

Soalan Lazim

Soalan tentang kos bina rumah

Bagaimana kos bina rumah dikira?

Berdasarkan keluasan binaan dalam kaki persegi didarab dengan rate pakej yang dipilih. Contohnya, rumah 1,500 kaki persegi pakej Standard dianggarkan RM217,500 hingga RM240,000.

Berapa harga bina rumah sekaki persegi 2026?

Anggaran DBENA 2026: pakej Basic RM130–140, Standard RM145–160 dan Premium RM170–195 sekaki persegi, termasuk upah dan bahan ikut spesifikasi pakej. Harga muktamad diberi dalam quotation selepas lawatan tapak.

Adakah konsultasi dan lawatan tapak percuma?

Ya, untuk kawasan Lembah Klang. Untuk kawasan luar, sila hubungi kami untuk perbincangan.

Bagaimana sistem bayaran?

Bayaran dibuat ikut progress kerja yang telah siap, seperti dalam agreement.

Boleh campur spesifikasi dari pakej berbeza?

Boleh dibincang. Consultant kami akan kira semula ikut item yang anda pilih.

Sedia nak bina atau ubah suai rumah impian anda?

Konsultasi dan lawatan tapak percuma di Lembah Klang. Kami bincang bajet, design dan jadual kerja dengan telus dari awal.