03-5892 9420 Isnin–Jumaat, 9 pagi – 5 petang · Sabtu ikut temujanji
Kontraktor Berdaftar CIDB · 100% Bumiputera

Utama / Servis / Kos renovation

Kos renovation & extension rumah 2026

Julat sebenar berdasarkan 19 sebut harga renovation DBENA, dengan faktor yang paling banyak menentukan kos.

Dikemas kini November 2026. Kebanyakan artikel tentang kos renovation memberi anggaran umum. Angka di bawah pula diambil daripada 19 sebut harga sebenar yang disediakan oleh QS DBENA untuk projek renovation dan extension rumah di Lembah Klang. Butiran pelanggan tidak didedahkan.

Upgrade kemasan± RM43klantai, bilik air, dapur
Extension tanpa cerucukRM69k – 300k7 projek
Extension dengan cerucukRM104k – 293k11 projek
Julat di atas ialah anggaran berdasarkan projek lepas, bukan harga muktamad. Setiap rumah berbeza. Harga sebenar bergantung pada keadaan rumah dan tanah, skop kerja serta spesifikasi yang dipilih, dan hanya diberi dalam quotation selepas lawatan tapak oleh QS kami.

Nilai tengah bagi kesemua 19 projek ialah sekitar RM167,000. Kebanyakan projek dalam lingkungan RM100,000 hingga RM300,000 kerana ia melibatkan extension: menambah ruang di belakang atau sisi rumah, termasuk struktur, bumbung dan kemasan.

Apa yang paling menentukan kos?

FaktorKesan pada kos
Ubah struktur atau tidakKerja kemasan sahaja (lantai, jubin, sanitari, kabinet) jauh lebih rendah berbanding kerja yang melibatkan asas, tiang, rasuk dan slab baru.
CerucukLebih separuh projek extension dalam sampel ini memerlukan cerucuk bakau kerana keadaan tanah. Ia menambah kos kerja bawah tanah sebelum struktur boleh dibina.
Keluasan extensionSemakin besar ruang yang ditambah, semakin banyak struktur, bumbung, dinding dan lantai yang perlu dibina.
BumbungExtension biasanya perlukan bumbung baru yang disambung dengan bumbung sedia ada, termasuk kerja kalis air.
Bilik air dan dapurKedua-dua ruang ini melibatkan paip, sanitari, jubin dinding dan kabinet, jadi kosnya lebih tinggi bagi setiap kaki persegi.
Kerja robohKebanyakan sebut harga bermula dengan kerja roboh dan pembersihan, terutamanya untuk rumah lama.

Apa yang ada dalam sebut harga DBENA?

Setiap sebut harga disediakan oleh QS dan dipecahkan mengikut bahagian kerja, supaya anda nampak ke mana setiap ringgit pergi. Bahagian yang biasa ada:

  • Kerja am dan persediaan tapak (preliminaries)
  • Kerja roboh
  • Cerucuk, jika diperlukan
  • Struktur bawah dan struktur atas: asas, rasuk bumi, tiang, rasuk dan slab
  • Dinding bata dan plaster
  • Bumbung dan aksesori
  • Pintu, tingkap dan ironmongeri
  • Kemasan lantai, dinding dan siling
  • Paip, sanitari dan elektrik

Sebut harga yang dipecahkan begini memudahkan anda membandingkan dengan kontraktor lain dan mengelak kos tersembunyi.

Elak kontraktor lari

Kes kontraktor menghilangkan diri selepas menerima bayaran masih kerap berlaku. Beberapa perkara untuk lindungi diri anda:

  • Pastikan kontraktor berdaftar dengan CIDB. DBENA ialah kontraktor CIDB G4.
  • Minta sebut harga yang dipecahkan mengikut bahagian kerja, bukan satu harga pukal.
  • Bayar mengikut progress kerja yang telah siap, seperti yang dinyatakan dalam agreement, bukan bayaran penuh di awal.
  • Minta laporan progress dan gambar tapak secara berkala.

Dapatkan sebut harga untuk rumah anda

Konsultasi dan lawatan tapak percuma di Lembah Klang. QS kami akan sediakan sebut harga terperinci selepas lawatan tapak. Lihat servis renovation DBENA, projek yang telah siap, atau kos bina rumah baru jika anda bercadang membina rumah atas tanah sendiri.

Soalan Lazim

Soalan tentang kos renovation

Berapa kos extension dapur belakang rumah teres?

Bergantung pada keluasan, keadaan tanah dan kemasan. Dalam sampel kami, extension tanpa cerucuk bermula sekitar RM69,000, manakala yang memerlukan cerucuk bermula sekitar RM104,000.

Kenapa perlu cerucuk untuk extension?

Jika tanah lembut, struktur baru boleh mendap dan retak. Cerucuk membantu memindahkan beban ke lapisan tanah yang lebih kukuh. Keperluannya ditentukan selepas lawatan tapak.

Adakah konsultasi dan lawatan tapak percuma?

Ya, untuk kawasan Lembah Klang.

Bagaimana sistem bayaran?

Bayaran dibuat ikut progress kerja yang telah siap, seperti dalam agreement.

Sedia nak bina atau ubah suai rumah impian anda?

Konsultasi dan lawatan tapak percuma di Lembah Klang. Kami bincang bajet, design dan jadual kerja dengan telus dari awal.